Thursday, February 19, 2009

hancur hati nya kasanova

waktu mengubah segalanya.
ku takkan memiliki kesemuanya..
ku rasa tapi takkan memiliki..
walau ku curah lautan hati..

hati ku kini sepi..
yang datang takkan memenuhi hati..
hati yang kini kering dan tandus..
tandus kerana tak terbalas cinta..

mata tak nampak
tapi hati saja yang terasa
kekunci ku tekan
teknologi ku ubah menjadi hubungan

hubungan tak pernah wujud
tak pernah dilihat
tak halusi dengan kulit
tangan ada tapi tak mampu

genggam sekuat mane pun
hati ini takkan rasa apa yang di mau
kata kata tak sama seperti realiti
realiti tak kan memenuhi hajat

hati mu kental
diri mu cerdik
tapi bila tak berbalas
semua jadi tak jelas

teriak.. nangis..
semua tak mampu kau buat
yang mampu hanya tunggu
tunggu apa yang lebih baik

sehebat mana cintamu
hebat lagi kuasa dari Nya
kuasa yang mencipta
kuasa yang menghapus

kini yang mampu
hanya tunggu..
rindu.. dan sabar..
sabarlah kasanova..


is kasssanova has a heart???

kita

mata tolong pejam
hati tolong tenang
jiwa usah gusar
otak usah gila

aku perlu diam
dan badan perlu kaku
kerana malamku
tak sepanjang siang
dan siang ku
tak sehebat malam

bulan menyapa aku
tidur lah sang pujangga
ku tak mahu
otak mu gila
ku tak mahu
jiwa mu gusar
tolong pejamkan mata
kata bulan dengan bahagia

saat siang dimana
pagi menjelma
matahari terbit
memaksa bekerja
memberi tekanan
perit tak terhingga
sehingga menghauskan
erti bahagia

ku perlu kamu
iaitu cinta
dimana kamu
iaitu cinta
ku mahu kamu
bukan untuk menghilangkan
derita
tapi menepis haus
ketika ku kemarau bahagia

cinta pada malam
kau menjelma
lalu kata² mu
diluahkan segera
bulan berpaling dari mu
dan ku mahu juga
tapi kerana mu cinta
ku tak berdaya

usah risau
usah gusar
ku rela dimaki
oleh matahari
tanpa kehadiran mu
cinta
tapi ingat
ku takkan berada di dunia selamanya
seperti bulan dan matahari juga



we made diz.. but u wrote d whole thing..

Tuesday, February 10, 2009

kate dier

mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali.jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.
ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram.
akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingain menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.mimpilah apa yang kita inginkan,pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita kita lakukan.
semoga kita memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan diri kita kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.
kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
kebahagian terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.cinta bermula dengan senyuman,mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..

Monday, February 9, 2009

sampai masa

sampai masa
aku dah sedia

aku tutup rasa hati
perlahan menolak rasa hati
perit rasa hati
maukan kau ada kekal di hati

aku sangka semua baik baik aja
aku sangka sakit hanya seketika

pujuk rasa hati
heyyy, semua akan kembali sempurna
atau mungkin akan lebih bahagia

chari

merah langit senja dah tiba
gelap.. makin malap,
terkocoh aku mencari arah

arah mana?
hala mana?

aku mencari segala yang dulu
simpang apa untuk aku belok?
untuk mendengar jenaka kau
tawa aku hilang terus.. hilang lansung..

arus mana harus aku tuju?
mau mencari kau yang dulu
kau bercerita dan mencerita
aku letakkan diri ku dalam cerita kau
segala macam duka ria
merasa apa yang kau rasa
siapa yang menjajat hati kamu?
siapa yang bawa kau jauh dari kau yang dulu?

yang di depan mata ku itu adanya kau
tapi sudah kosong, kosong...
aku tak bohong,
melihat kau di depan kemudian berpaling
lalu terus pergi tinggalkan aku jauh benar di belakang mu,
ada sekali kau toleh ke belakang,
tapi itu saja, hanya satu pandangan mata tanpa makna

runtun hati ini,
rindukan kau yang dulu
dulu sudah menjadi igau
sedar kini, aku dah hilang kau,

Sunday, February 1, 2009

akku mau pergi

pekikkan rasa cinta engkau
kerna aku sudah lupa
jerit sehabis nafas
maka aku ingat
maka aku ingat.

lepaskan aku si burung liar
bersarang di langit
bermandi di hujan
ini bukan rumahku
ini bukan rumahku

mungkin kasih sudah habis
mungkin jiwa sudah tewas
aku sudah ranap